PAGE

BERHUBUNG

Saya mengalu-alukan cadangan bekenaan dengan isu untuk dikongsi bersama para ilmuwan sekalian. Dipersilakan memberi cadangan di

iramriblog@gmail.com

Terima Kasih.

Wednesday, 14 September 2011

IDEA DAN MASALAH


Acap kali berlaku didalam kehidupan dengan disedari. Dua keadaan yang berkongsi titik pertemuan dipisahkan.

Rata-rata insan yang bernyawa pernah menghadapi situasi yang sukar pada dirinya lalu mengkhabarkan kepada yang lain bahawasanya dia sedang berdepan dengan masalah dan digarapkan dengan nada keluhan. Ada yang berpendapat, gendalanya sesuatu proses merupakan akibat dari itu.

Sesetengah pihak yang gemar dikenali sebagai golongan pemikir, tanggungjawab mencambahkan idea bagi tujuan penyelesaian. Tidak dinafikan lahirnya beberapa idea hasil cetusan masalah yang tidak dicipta. Sesetengahnya menganggap ia merupakan suatu cabaran. Namun, kemuncak permainan ini, apabila lontaran idea itu diteliti.

Mungkin persoalan yang mudah, dapat menerangkan situasi ini. Kenapa menampakkan terdapat kekangan untuk memuntahkan idea?. Ya, rata-rata jawapan yang mungkin boleh disimpulkan adalah, kepentingan.

Memikirkan apakah bentuk habuan selain daripada dapat menyelesaikan masalah itu yang merupakan habuan yang sebenar, boleh diketegorikan didalam wilayah “khurafat” yang masih wujud.    

Dalam kerangka kedua-dua situasi ini, sandaran disendengkan kepada hujjah. Dan hujjah ada kaitannya dengan prinsip sonsang (diam adalah polisi yang terbaik) yang masih diamalkan bagi tujuan menjaga keharmonian.   

Walaupan ada yang terlepas pandang, kadang-kadang, masalah itu timbul apabila idea tersebut digunapakai secara semberono. Namun, pengamal  idea itu tidak semestinya berada didalam alam khayalan semasa mempraktikkannya.         

Apabila melihat idea dan masalah dari permukaan sfera, kaedah interpolasi kedua-dua keadaan ini dapat digunakan dan bermula dengan persoalan bagaimana. 

Dengan meyediakan beberapa tapisan untuk menjadi pemikir boleh menyelesaikan masalah ?

Wednesday, 7 September 2011

SAKASTIK DAN RIELISTIK


Boleh digambarkan seperti dua ideoloji yang berbeza. Sudah pastinya ianya merujuk kepada situasi yang sama.

Kedua-dua pandangan ini sebenarnya tidak bergantung kepada pemikir secara total. Ianya adalah merupakan sisi lain yang punyai kebenaran.

Sakastik seringkali diberitahu oleh pihak lain, dengan harapan pihak yang diberitahu tidak lagi menggunakan pendekatan secara sakastik. Namun itu bukan isunya.

Rielistik pula merupakan suatu khabaran yang disampaikan tehadap keadaan sesuatu perkara, dengan harapan pihak yang diberitahu sedar akan sekeliling.

Sungguh popular ungkapan “pukul anak sindir menantu”, namun tidak pula diambil sebagai sakastik, mungkin rielistiknya begitu apabila menyandarkan kepada budaya yang dipraktikan.

Kali ini tidak akan dibicangkan sama ada betul atau tidak, pendekatan salah satunya dari segi penyampaian kerana motif utama adalah menyampaikan.

Tidak dinafikan pendekatan penyampaian ini boleh menimbulkan bibit-bibit ketegangan apabila dilihat dari faktor umur. Selalunya pendekatan ini diambil apabila masing-masing kelihatan kebuntuan. Sering juga ia dijadikan selingan untuk seketika.

Ada benarnya ungkapan “siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya”, namun sejauh mana kepekaan lidah yang merasa “garam dahulu” kenal akan “kecik-kecik cili padi”.

Dengan tidak menolak tanggapan “santan pekat”, lemak gulainya, terdapat akibat tersembunyi yakni memanggil kolestrol memenuhi diri.

Istilah ini juga dapat meninggalkan persoalan antara “hujan emas dinegeri orang” dengan “hujan batu dinegeri sendiri”.

Hakikatnya, manusia adalah dinamik, maka selagimana berpaksikan kepada motif penyampaian, ianya tidak memberi kesan kepada kaedah penyampaian.

Saturday, 3 September 2011

TAK TAHU GUNA DAN SALAH GUNA


Sekali imbas, kedengaran seperti terdapat perbezaan yang ketara. Ungkapan ini sering didengari apabila perbualan yang menjurus kepada dasar sesuatu isu.

Salah guna, sering didefinasikan sebagai suatu istilah popular iaitu “penyalah gunaan”. Manakala tidak tahu guna pula, acap kalinya keterlepasan pandangan terhadap sesuatu yang menggambarkan kepada ketidaksampaian sesuatu informasi kepadanya.

Kedua-dua istilah ini berkongsi pada satu rujukan yang sama iaitu tidakan yang telah dilakukan. Kali ini juga tidak akan dibincangkan mengenai antara dua istilah tersebut, yang mana satu datang dahulu.

Ada yang berpendapat tidak sepatutnya ada istilah salah guna, namun dengan bersandarkan kepada tidak tahu guna, tidak harus arbitari terhadap apologetik. Walaupun memberi ruang kepada tidak tahu guna ini untuk menjadi alasan, tidak juga membenarkan ia bermaharajalela, apatah lagi untuk dipersendakan.   

Merujuk kepada pakar yang boleh mendefinasikan istilah ini secara tepat merupakan usaha yang murni, namun sejitu mana ketepatan istilah itu, boleh dipertikaikan.

Dengan menghormati sahabat profesional yang lain, makanya tidak akan disentuh istilah ini didalam konteks jenayah. Dalam pada yang sama, sekiranya ada yang cuba memanipulasi istilah ini makanya ia telah memberi dimensi kepada para ilmuwan memperkatakan tentangnya.

Pertembung dua sudut pandang ini memberikan perspektif yang lebih mudah untuk mencari penyelesaian walaupun ada yang berpendapat ianya secara automatik membuka saluran untuk cubaan berkreatif kepada tindakan yang tidak wajar.

Bagi yang separa rajin, suka untuk dikongsi disini, sebelah kakinya telah keluar dari daerah kepercayaan “khurafat” kepada dari terus memandang isu ini tidak ada pertemuan noktah sekiranya dibincangkan.

Mungkin sebagai suatu eksperimen ringkas, petiklah mana-mana isu yang berkaitan dengan tindakan yang telah dilaksanakan, dan bermulalah dengan soalan tidak tahu guna atau salah guna.  

Friday, 2 September 2011

SELAWAT




Surah Al-Ahzab (33) ayat (56)
إِنَّ اللَّهَ وَمَلٰئِكَتَهُ يُصَلّونَ عَلَى النَّبِىِّ ۚ يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا صَلّوا عَلَيهِ وَسَلِّموا تَسليمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.




Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: 

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”
[Hadith riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim]

“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. 
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. 
[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. 
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]