PAGE

BERHUBUNG

Saya mengalu-alukan cadangan bekenaan dengan isu untuk dikongsi bersama para ilmuwan sekalian. Dipersilakan memberi cadangan di

iramriblog@gmail.com

Terima Kasih.

Saturday 30 July 2011

JURUTERA

  
gambar hiasan

JURUTERA

Profesyen sebagai jurutera boleh digambarkan sebagai suatu kerjaya yang menuntut keFAHAMan teknikal, analisis, keputusan dan mengimbangi kos. Di Malaysia, terdapat banyak Univesiti yang menawarkan kursus kejuruteraan kepada sesiapa yang berminat dan pasti diiringi dengan kelayakan yang secukupnya.

Budaya yang dipratik oleh jurutera adalah menyelesaikan masalah yang wujud, justeru menyimpang jauh dari tanggapan yang mana golongan ini sememangnya pakar didalam mencipta masalah.

Malaysia pada ketika ini(2011) di dalam status Negara membangun, tenaga jurutera amat diperlukan. Antara cabaran utama yang diterapkan semasa proses menimba ilmu pengetahuan adalah, ketajaman akal berbanding masa yang dipertaruhkan.

Di Malaysia, jurutera dilindungai oleh Akta Jurutera 1967 dan badan yang bertanggungjawab untuk itu adalah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Sungguhpun sedemikian, aktiviti-aktiviti selain daripada anjuran BEM, persatuan jurutera (IEM) begitu aktif dengan pelbagai program selain daripada seminar yang memperkenalkan penemuan teknologi baru, pembentangan kertas kerja berhubung dengan kejuruteraan, menghadiri persidangan diperingkat antarabangsa mahupun serantau dan lain-lain. Pada program ini, bakal Jurutera Profesional dapat berinteraksi secara bersemuka selain bertukar-tukar pandangan.

Bagi yang bercita-cita untuk berkerjaya sebagai jurutera, penguasaan ilmu matematik merupakan perkara wajib. Kefahaman konsep fizik menjadi sandaran. Dua ilmu ini merupakan perkara asas didalam amalan kejuruteraan.

Faktor logik akal diadunkan bersama data, merupakan perkara harian yang akan jurutera tempuhi. Tuntutan masa yang terhad menjadi pencabar utama kepada kejayaan kerjaya ini. Sungguhpun demikian, serangan emosi dapat ditangkis dengan berbentengkan kecekalan dengan matlamat yang utama menjadi tujuan.


Sedikit bingkisan :-

An engineer was crossing a road one day when a frog called out to him and said, "If you kiss me, I'll turn into a beautiful princess."

He bent over, picked up the frog, and put it in his pocket. The frog spoke up again and said, "If you kiss me and turn me back into a beautiful princess, I will stay with you for one week." The engineer took the frog out of his pocket, smiled at it, and returned it to the pocket.

The frog then cried out, "If you kiss me and turn me back into a princess, I'll stay with you and do ANYTHING you want." Again the engineer took the frog out, smiled at it, and put it back into his pocket.

Finally, the frog asked, "What is the matter? I've told you I'm a beautiful princess, that I'll stay with you for a week, and do anything you want. Why won't you kiss me?"

The engineer said, "Look, I'm an engineer. I don't have time for a girlfriend, but a talking frog - now, that's cool!"

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.