Kedua-dua pendekatan ini selalunya diadaptasi ke dalam proses untuk membuat keputusan. Kali ini, soal siapa pembuat keputusan tidak akan dibincangkan.
Selalunya majoroti dikaitkan dengan jumlah yang mudah difahami iaitu 2/3. Namun hakikat yang sebenar ianya merangkumi sejumlah 51%(bundaran).
Konsensus pula yang lebih dikenali sebagai muafakat menggambarkan keindahan kolaburasi untuk membuat keputusan. Sekali imbas, ianya menampakkan ciri-ciri yang akhirnya membentuk majoroti.
Kewujudan dua elemen pendekatan ini disebabkan adanya pembahagian kekelompokan. Apabila diasingkan maka secara automatik ianya membawa kepada identiti yang berbeza.
Elemen-elemen ini punyai satu persamaan yakni mereka secara tidak lansung akan mengabaikan pihak yang kurang popular. Diburukkan lagi apabila ada unsur-unsur yang dipercayai memungkinkan situasi menang-menang (win-win situation) wujud.
Ini disandarkan kepada wujudnya proses pertandingan yang mana, mana mungkin punyai dua juara. Ya, dengan capaian “akal yang belum baligh”, kecenderungan momokan unsur itu boleh diketengahkan tetapi tidak kepada yang berkemampuan.
Aplikasi kepada elemen ini sebenarnya memberi kecenderungan kepada usaha untuk mentabalkan pihak sendiri. Dan implikasinya, selalunya pihak yang tidak berpuas hati akan mengambil pendekatan boikot.
Rentetan isu daripada mogokan itu akan lebih mengundang kepada pencapaian sesuatu matlamat. Sungguh malang apabila tuduhan sering dilemparkan kepada manusia sememangnya lemah dan ianya kontradik dengan umum mengetahui bahawasanya manusia sebaik-baik kejadian.
Kepercayaan khurafat yang masih menebal yakni dengan usaha untuk melalui laluan sukar maka darjatnya dijulang. Sedangkan laluan mudah dipercayai adanya unsur-unsur bais sekaligus menghukum kepada ketidak telusan itu wujud.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.