PAGE

BERHUBUNG

Saya mengalu-alukan cadangan bekenaan dengan isu untuk dikongsi bersama para ilmuwan sekalian. Dipersilakan memberi cadangan di

iramriblog@gmail.com

Terima Kasih.

Monday, 22 August 2011

SEMBANG DAN TOPIK

Kedua-dua perkara saling kait pada asalnya. Apabila hak diberikan, memilih salah satunya, selalunya akan mengundang perbalahan. Diburukkan lagi dengan segala “peraturan”. Sungguh malang apabila kegagalan memahami akan maksud manusia itu bersifat dinamik.

Kerap menjadi amalan apabila perbualan hendak dimulakan, memilih topik menjadi agenda utama. Alasannya mudah kerana rentetan selepas itu, pemilihan pemidato-pemidato akan dilakukan untuk berbincang perihal tersebut.

Dengan keterbatasan topik yang dipilih, ahli-ahli panel yang berdiskusi didalam ruang lingkup yang telah dipagari. Hakikat yang sebenar, satu perkara dengan satu perkara yang lain adalah bersentuhan.

Tidak dinafikan, kononnya ia bertujuan untuk tidak mensasarkan fokus  kepada subjek yang diperdebatkan. Maka tidak hairanlah, setiap bual bicara senantiasa berakhir dengan “buang masa”.

Hanya sebagai contoh untuk kali ini, faktor umur dan latarbelakang tidak dibincangkan kerana ianya merupakan suatu kepercayaan yang boleh memecahbelahkan perpaduan.

Sering kali salah anaggapan diambil, apabila didalam kumpulan “ahli mesyuarat tingkap” itu, ada ahlinya mengutarakan sesuatu topik, dan yang lain tidak mensahutnya maka topik itu tidak sesuai. Betapa malangnya masih tebal kepercayaan “khurafat” yang mana, pengutara itu dicemuh kerana kononnya bersikap cuba tunjuk pandai. Memburukkan lagi keadaan, apabila sekeliling yang bersetuju dengan cemuhan itu.

Hakikat yang sebenarnya, malu bertanya akan apa sebenarnya yang cuba disampaikan telah menyebabkan ramai yang selesa didalam zon kononnya sudah pandai.   

Berbeza dengan pendekatan sesetengah golongan pandai, yang mana apabila bertanya itu sebenarnya secara tidak lansung telah mensahut perbualan tersebut. Dan bonus disini, dapat melihat dengan telinga akan tutur bahasa yang dilontarkan.
 
Setakat garis panduannya yang tidak membenarkan perkataan lucah dan maki hamun sudah cukup untuk memberi mesej bahawasanya ia melambangkan personaliti kepada bakal pengucap tersebut.                  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.