PAGE

BERHUBUNG

Saya mengalu-alukan cadangan bekenaan dengan isu untuk dikongsi bersama para ilmuwan sekalian. Dipersilakan memberi cadangan di

iramriblog@gmail.com

Terima Kasih.

Tuesday, 23 August 2011

TANGGUNGJAWAB DAN PENGORBANAN

Dua istilah yang sering menghinggapi telinga tatkala kerapnya suasana muram menyelubungi. Pertembungan dua istilah ini sering mengundang kepada faktor umur.

Pendapat yang berkehendakkan pengguguran istilah pengorbanan tidak seharusnya diambil secara arbitari. Ini berikutan hujjah nya adalah berkisar terhadap gangguan emosi semata-mata.

Penggunaan istilah tanggungjawab juga kekadang tersasar dari objektif asal akibat daripada cubaan meraih simpati yang akhirnya memberi impak jelek kepada peraih.

Cukup merbahaya sekiranya pertembungan istilah ini berlaku didalam talian sedarah. Malangnya, unsur “khurafat” sekali lagi mengambil tempat dengan mempercayai bahawasanya ianya tidak ubah seperti dua garisan selari.   

Tidak juga dinafikan, pemain-pemain bahasa agak licik dalam menyusun perkataan, sedangkan hakikatnya kelicikan tersebut dapat dipegang erat dengan memahami akan maksud tersebut.

Kali ini, soal hormat mahupun sayang tidak akan disentuh. Masih menjadi kehairanan pabilamana tomahan diberikan kepada pendokong istilah tanggungjawab, berlarutan.

Walaupun ada yang berpendapat mana mungkin tanggungjawab tanpa pengorbanan ataupun via vesi. Pada sisi lain, pandangan tersebut adalah termasuk didalam wilayah salah tanggapan, ada asasnya.

Lebih manis diberikan senyum, dan buat kali seterusnya, bantulah, dengan meletakkan istilah tersebut, kena pada tempatnya.  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.