Selalunya kita sering mendengar bisikan manja dari rakan sejawat bahawasanya, majikan tidak memperdulikan nasib pekerja..
Pihak ketiga, yang kononnya mengakui bahasawanya dia adalah begitu rapat dengan majikan(yang tau sangat2 hasrat majikan) selalunya akan bertindak seolah2 tanpa beliau, majikan tidak kemana. Kepercayaan khurafat ini masih lagi menebal kerana kekufuran sistem yang masih tidak boleh membuka laluan kepada pekerja yang ikhlas.
Dalam organisasi yang besar (hiraki tinggi melangit dan panjang berjela), sememangnya menampakkan gah struktur carta tersebut (rujuk : segi tiga). Gangguan yang terjadi pada bucu bahagian bawah mempunyai impak yang besar terhadap kestabilan puncak bucu diatas. Teori ini memang termasyur.
Namun hakikat suatu teori adalah, apabila satu teori diambil, maka teori yang setanding atau lebih hebat berbanding dengannya
disogok dengan kelemahan tanpa ada perbahasan.
Ya, teori struktur segi empat lansung tidak diperdebatkan. Formula matematik struktur segi empat masih belum ditemui atau meng-agung-i makam firaun durjana?
Hakikat majikan adalah mengaut keuntungan, yang hakikinya pekerja memikul tanggungjawab memberi keuntungan kepada majikan.
Tindakan berhenti kerja merupakan langkah terbaik dan paling popular dengan harapan tidak memberi keuntungan kepada majikan. Kenapa majikan tidak pernah menghalang ? Ini kerana, majikan hanya tinggal untuk memetik buah sahaja sedangkan membajak,menyiram mahupun menjaganya telah dilaksanakan oleh pekerja tadi.

Pada ketika inilah pihak ketiga cuba memukul gendang agar rakan sekerja menari, dek sokongan suara ramai yang memujuk pekerja menari, maka menarilah pekerja itu seperti gendang yang dipalu.
Majikan pula tersenyum melihat gelagat pekerja yang menari. Apa tidaknya, pihak ketiga itu sendiri telah mentabalkan dirinya sendiri dengan jawatan berpangkat sebagai PEMBODEK, yang telah lupa akan nama sebenarnya adalah BALACI, dalam pada yang sama, pekerja yang menari tadi(yang juga telah menukar nama kepada BADUT), rupa-rupanya laluan pendengarannya tersekat. Sepatutnya laluan pendengarannya seperti jalan pintas, yakni, masuk telinga kiri terus keluar ke telinga kanan. Yang jelas disini, majikan masih beruntung kerana dapat mengukir 3 senyuman dalam 1 senyuman :-
1) senyum puas untuk BALACI
2) senyum riang untuk BADUT
3) senyum gembira untuk PENONTON

Sebenarnya, pekerja boleh memberikan 1 senyuman kepada mereka ber-3 :-
1) MAJIKAN
2) BALACI
3) PENONTON (yang kononnya berlagak sebagai pihak berkecuali sedangkan yang sebenarnya mereka adalah jenis genetik lalang yang tiada pendirian. Bila tiada pendirian, bolehlah memakai subang yang punyai tali dihidung)
iaitu senyum sinis. Sekiranya mereka punyai pendengaran pintas kepada bisikan-bisikan manja.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.