Sebenarnya, politik ada dimana-mana. Sejak dari tadika unsur-unsur politik telah berlegar disekeliling kita. Hendak atau tidak, kita sudah berada di pentas tersebut. Memilih untuk menjadi "Pak Maun"(filem p.ramlee-nasib doremi) atau mengikut gerak tari yang unik dan begitu abstrak ciptaan beliau.
http://www.youtube.com/watch?v=hsvDmbG5WkI&feature=youtube_gdata_player

Nasib DoReMi – Hati Muda
Hasrat pekerja sering didengari, inisiatif menjadi wartawan sukarela tidak pula dibantah oleh majikan. Cuma berapa ramai yang mengetahui hasrat majikan ?

Ianya bermula apabila pekerja cuba mengisi ruang yang tersedia sendat didalam pejabat. Tanpa mengetahui hasrat majikan, ruang yang serba sendat itu masih mahu juga disumbat olehnya.
Seperti biasa, hari pertama akan menjadi hari paling indah kerana kesemuanya bertukar-bertukar senyuman.Ada yang hanya mempamirkan bibir. Kelihatan begitu manis senyuman itu, namun tidak pula ternampak tertanamnya tebu disitu. Bagi yang menzahirkan kebersihan gigi mereka yang putih lagi suci tatkala melemparkan senyuman, tidak pula kelihatan taring yang paling tajam. Jauh sekali merasakan bisa nya.
Kebanyakkan masa dimanfaatkan untuk sambungan sessi temuduga yang telahpun dilaksanakan sebelum diterima masuk. Sessi beramah mesra bertepuk-tampar diselang-seli gurau-senda gelak-ketawa memenuhi jadual tugas. Dengan berpakaian kemas dan tidak pula menjolok mata, maka mana mungkin, terlihat pekong didada.
Inisiatif pekerja sedia ada menjadi wartawan sukarela ini tidak pula dibantah oleh majikan. Kepercayaan khurafat yang masih menebal iaitu sudah pasti mereka yang sudah kerja lama disitu dapat bezakan antara kemasinan garam ataupun ajinomoto.
Apabila berakhir sudah sessi bual bicara secara lansung, jamuan keraian dipelawa oleh masyarakat sekeliling. Almaklumlah, rusa masuk kampung katakan.
Sungguh meriah sambutan karnivel yang dianjurkan secara sukarela tersebut. Masing-masing berebut menghulurkan bantuan dari segi kewangan dengan menyediakan juadah seakan-akan mahu buka puasa. Sudah pasti ia kelihatan indah. Apa tidaknya, budi yang kecil kuman sebaik itu dapat dilihat, tidak pula menunjukkan tanda-tanda sedang pancing sebesar gajah.
Selesai menjamah, maka bermulalah agenda menimbakan ilmu dari masyarakat sekeliling..
berburu dipadang datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
bagai bungai kembang tak jadi.
Antara ilmu yang diturunkan adalah minit ke 6:20-6:30 menunjukkan inisiatif pekerja terhadap majikannya namun tidak ramai yang memahami hasrat majikan pada minit 6:57-7:05.
http://www.youtube.com/watch?v=FDw2aYRwzYo&feature=youtube_gdata_player
(filem p.ramlee : anak bapak)
Seperti biasa, hari pertama akan menjadi hari paling indah kerana kesemuanya bertukar-bertukar senyuman.

Ya, begitulah ilmu yang dipelajari, kajian demi kajian dilakukan berkenaan perihal peribadi majikan yang diutamakan, bukan pencapaian pekerja itu sendiri yang didahulukan. Salah satu hasrat majikan adalah "alert" (senantiasa bersedia). Tak sempat kena panggil, terus sahut. Itulah inisiatif yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.