PAGE

BERHUBUNG

Saya mengalu-alukan cadangan bekenaan dengan isu untuk dikongsi bersama para ilmuwan sekalian. Dipersilakan memberi cadangan di

iramriblog@gmail.com

Terima Kasih.

Sunday 14 August 2011

ARAH DAN NASIHAT


Secara amnya, ia merupakan dua perkara yang berbeza. Sebenarnya ia tidak begitu asing bagi kita yang hidup di ruang lingkup kesamarataan.

Apabila kedua-dua istilah ini digunakan didalam situasi yang punyai jurang dan dalam masa yang sama, kejurangan itu ada pula kaitanya dengan sumber pendapatan, disini, dua istilah tersebut boleh mudah dimanipulasi.   

Arah(arahan) akan menggambarkan suatu suruhan dan bagi menjaminkan suruhan itu dituruti, selalunya arahan tadi akan dikepilkan dengan akibat melanggarinya.

Nasihat pula dilihat sebagai kecenderungan kepada cadangan. Sekiranya disertakan dengan nada, mungkin ia boleh memainkan peranan yang berbeza. Namun, selalunya nasihat juga akan disertakan dengan beberapa kesan sekiranya diabaikan.

Jelas disini, antara arah dan nasihat punyai titik pertemuan iaitu akibat. Bila mana salah satunya tidak bersesuaian, risiko yang akan diambil kadang kala tidak dijangka.

Ya, ada yang berpendapat, pemberi nasihat tidak rugi berbanding yang mengarah. Cuma terpulang kepada pendengar untuk menerima pakai.

Pertimbangan yang wajar pada pendengar amat perlu. Ini tidak bererti pemikir setia yang sentiasa berbahas akan sesuatu perancangan mahupun tindakan boleh dikesampingkan.

Kadang kala ada juga yang melihat yang mana, pemberi punyai unsur-unsur kepentingan. Dan tidak jugak dikira salah sekiranya penerima bertindak atas dasar yang sama.

Di dalam proses menilai itu pelbagai persoalan mungkin mudah diselesaikan. Cumanya apabila diasak dengan persoalan bagaimana hendak dibezakan.

Sekiranya kehadiran unsur-unsur kekeliruan didalam menilai akan dua elemen tadi, ianya harus dirujuk kepada status pemberi dan status penerima.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.