Al-Quran dan al-Sunnah membimbing insan dalam mencari kebahagian yang hakiki ini. Allah menyebut: (maksudnya)
“Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada satu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi apa (penyakit-penyakit) yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi petunjuk serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”.
(Surah Yunus, 57).
Nabi s.a.w pula menyebut:
“Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”.
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.