PAGE

BERHUBUNG

Saya mengalu-alukan cadangan bekenaan dengan isu untuk dikongsi bersama para ilmuwan sekalian. Dipersilakan memberi cadangan di

iramriblog@gmail.com

Terima Kasih.

Thursday 11 August 2011

DATA DAN LOGIK


Merupakan dua perkara yang saling kait. Walaupaun ada yang bertegas bahawasanya data penting untuk membuktikan sesuatu, hakikatnya kedua-dua elimen tidak lain hanya berkisar tentang kepercayaan.

Pelbagai kaedah dibuat demi memberi keyakinan. Pada ruang ini saya tidak akan membincangkan, antara dua elemen tersebut, yang mana datang terkemudian.

Data, adalah merupakan kumpulan keputusan yang diperolehi dari usaha kaji selidik. Pecahan kepada kaji selidik itu dilaksanakan dalam beberapa kaedah yang dipanggil metedologi. Ada bebrapa perkara yang boleh dipertikaian mengenai data, salah satunya, kreadibiliti pengutip data.

Logik, lebih mudah difahami dengan membayangkan ia adalah sesuatu hujjah yang lahir dari akal. Walaupun ada yang berpendapat, logik akal akan hadir dengan adanya data. Sepertimana saya katakan, soal yang mana datang dahulu, tidak akan dibincangkan disini. Ada juga yang mempertikaikan soal kreadibiliti orang yang meneluarkan hujjah logiknya.

Satu perkara yang jelas yang boleh dipertikaikan adalah kreadibiliti. Pada bahagian data, sumber yang dipetik mestilah melalui suatu badan yang dikenalpasti kebolehpercayaannya. Manakala hujjah logik pula selalunya disandarkan kepada ideologi dari seseorang yang berpengaruh.

Amat malang sekali tanggapan yang memberi gambaran bahawasanya perdebatan antara logik dan data tiada penghujungnya dan malah memburukkan keadaan apabila ianya dirasakan merupakan suatu punca kepada perbalahan.

Konsep keterbukaan minda yang semakin luas pada masa tulisan ini dicoretkan, hasil dari amatan saya, makanya sesuatu perkara itu sudah boleh mula dipertikaian sekiranya perlu. Menariknya bagi dua elemen ini, mereka berkongsi satu sisi asakan, iaitu pertikaian.

Sekiranya saya diberi pilihan, antara data dan logik, saya lebih cenderung untuk memilih logik berbanding data kerana, sehebat mana kreatifnya data itu terhasil, ianya masih belum mampu menggugat, walaupun ada yang cuba memanipulasikan logik.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.