PAGE

BERHUBUNG

Saya mengalu-alukan cadangan bekenaan dengan isu untuk dikongsi bersama para ilmuwan sekalian. Dipersilakan memberi cadangan di

iramriblog@gmail.com

Terima Kasih.

Sunday 7 August 2011

KAYA

                                                               

Berstatus sebagai jurutera, rata-ratanya akan membayangkan harta benda mahupun wang ringgit yang dikumpul. Dengan upahan yang agak lumayan bagi sesetengah yang punyai pengalaman, itulah yang dihasratkan oleh rata-ratanya bagi setiap insan.

Saya tertolak daripada anggapan yang menyatakan jurutera memperdagangkan ilmu. Namun dalam masa yang sama, ada yang cerdik menilai setiap hasil yang dipersembahkan merupakan suatu karya.

Tuntutan berkarya jauh lebih hebat berbanding dengan upahan yang ditawarkan. Tidak juga dinafikan, karya yang diangkat, pulangan hasilnya boleh dianggap sebagai bonus, bukan matlamat.

Di Malaysia, peluang kerjaya sebagai jurutera tiada sekatan yang melampau. Puluhan ribu tempat dibuka setiap tahun bagi tujuan untuk mendapatkan hasil gabungan antara jurutera-jurutera didalam pecahan kepakaran. Dengan berpaksikan kepada teori supply and demand menyebabkan keterbantutan pencapaian dan hasil karya.

Rujukan dunia telah mengiktiraf  Marcus Vitruvius Pollio  adalah World's first known Engineer. Sungguhpun demikian, hasil karya jurutera bersifat hidup didalam kematian. Penambahbaikan didalam sesuatu karya merupakan bukti yang kukuh.

Sisi yang sonsang melihat erti kaya sebenarnya, merupakan punca kepada kestabilan. Gah dengan ciptaan yang melangkaui akal, memberi impak kepada penjulangan karya tersebut.

Bagi saya, apabila saya dapat membeli satay pada bila-bila masa, yakni tanpa memikir dua kali, saya sudah kaya.

Bingkisan

"Engineers can never earn as much as business executives, sales people, accountants and especially liberal arts majors." This theorem can now be supported by a mathematical equation based on the following two well known postulates:

Postulate 1: Knowledge is Power.

Postulate 2: Time is Money.

As every engineer knows: 
Power = Work / Time.

Since: 
Knowledge = Power,

then 
Knowledge = Work / Time,

and 
Time = Money,

then 
Knowledge = Work / Money.

Solving for Money, we get: 
Money = Work / Knowledge.

Thus, as Knowledge approaches zero, money approaches infinity, regardless of the amount of work done.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.