PAGE

BERHUBUNG

Saya mengalu-alukan cadangan bekenaan dengan isu untuk dikongsi bersama para ilmuwan sekalian. Dipersilakan memberi cadangan di

iramriblog@gmail.com

Terima Kasih.

Monday 1 August 2011

LIBERALISASI UNDI

                                                             

Ia merupakan suatu sistem. Saya fikir, SISTEM ini harus dilaksanakan pada PRU 13. Sistem sekarang, parti meletakkan calon untuk bertanding di suatu kawasan tersebut dan bertanding dengan calon dari parti lain. Tujuannya bagi memilih siapakah calon yang layak melaksanakan tugas di kasawan tersebut. Secara mudahnya, si A dan si Z tidak sabar-sabar  mahu berkhidmat untuk rakyat. 

Si A mewakili parti PUTIH dan si Z pula mewakili parti HITAM. Pengundi kawasan tersebut akan menunaikan tanggungjawabnya memilih A@Z@PUTIH@HITAM. 

Sekiranya parti-parti meletakkan A dan Z, saya fikir, pengundi juga berhak meletakkan B(mewakili PUTIH) dan Y(mewakili HITAM). Maksudnya B dan Y datangnya dari pencalonan oleh pengundi. 

Ini bukan konflik yang mengatakan parti tidak pandai memilih calon, ini soal peluang yang dibuka kepada pengundi untuk mengemukakan calon yang nak berkhidmat untuk rakyat. Dan pengundi juga berasa a part of parti untuk pastikan partinya menang. Pada sistem ini, pengundi melihat tawaran dari HITAM dan PUTIH, yang mana lebih dekat dihati mereka. 

Begini, katakana, pada parti HITAM hanya diwakili Z(mendapat 10 undi), sedangkan PUTIH meletakkan calon A(mendapat 6 undi) dan B(mendapat 6 undi), undi yang masuk ke A dan B akan menyumbang kepada kemenangan PUTIH dengan jumlah undi 12 undi mengatasi Z. Maka kawasan itu diwakilii oleh parti PUTIH. 

Sekarang timbul pula soal siapakah lebih layak samada A atau B? Pada masa ini cubaan media akan menyebarkan makluman siapa yang lebih layak. Bagi saya, pendekatan yang tepat adalah, parti PUTIH dan pengundi akan bersidang dalam masa 24 jam dari saat keputusan diumumkan. At one part, PUTIH dah memang maka perbentangan kepada pencapaian si A dan si B dapat dilihat oleh pengundi. 

Katakan,sebelum mengundi, si A dapat selesaikan masalah rakyat sejumlah 5 kes, dan sekiranya B dapat menyelesaiakan 6 kes, tak perlu soal lagi, B yang layak terajui kawasan tersebut. Bagaimana sekiranya sama? Saya mencadangkan, pilih si B kerana, itu adalah pencalonan dari pengundi. Kot mana pun parti dah menang dan boleh laksanakan tranformasi. Hanya menunggu kawasan itu yang akan diterajui oleh pemimpin pilihan rakyat bukan pemimpin yang disediakan untuk rakyat. Sistem ini dapat digunakan dalam PRKecil. 

Dalam PRUmum juga dapat diaplikasikan, cuma apabila banyak kawasan dilakukan serentak, maksudnya(sebagai contoh) pengundi dikawasan SENA dapat memberi sokongan kepada bakal pemimpin di TAMBUN TULANG, begitulah yang lain2nya. 

Releven sistem ini berlaku didalam negeri, sekiranya mahu dilaksanakan agar pengundi SENA boleh mengundi pemimpin di TENANG @ MERLIMAU pun didalam PRU nanti, saya tiada halangan. 

Berbalik kita pada cerita di PRU, nanti bila dah menang parti itu, secara automatik ketua perhubungan akan dipilih dari jumlah undi paling tinggi, Maka dengan harapan tiada lagi kedengaran usaha lobi-melobi pucuk pimpinan. Dalam masa yang sama juga pucuk pimpinan pun tidak boleh beri alasan kenapa program tranformasi tidak boleh berlaku. Saya juga merupakan seorang pengundi, bosan mendengar alasan, tranformasi gagal dilaksankan kerana mahu selesaikan masalah berebut jawatan. Justeru, secara automatiknya, pengundi memberi jawatan kepada pemimpin. 

Pengundi akan rasa sense of belongings bila sistem ini dilaksanakan. Sistem ini lebih mesra kerana wujudnya 2 way comunication rakyat dan parti pemerintah. Bila sistem ini dilaksanakan, pemimpin yang nak berkhidmat untuk rakyat akan buat kerja. Pengundi akan nampak sedia calon buat kerja kerana perbentangan penyelesaian kes masalah rakyat akan dibentangkan kepada pucuk pimpinan setiap kali PRK/U. 

Bagi meraikan soalan, macam mana pula kertas undian akan disediakan? Instead of ada 2 nama yang bertanding, dia akan jadi sejumlah nama bertanding untuk PRK dan senarai nama untuk PRU. Sistem ini adalah jauh lebih efisyen dari PROKSI UNDI. Dan saya lebih setuju LIBERALISASI UNDI ini, dilakukan kepada calon parlimen kerana, pemimpin parlimen ada peluang untuk menjadi menteri. 

Sekiranya sistem ini belum dilakukan dimana2 negara dalam dunia, ambillah peluang ini menjadi negara pertama di dunia. 

TAK PERLU TUNGGU PRU 15 (dalam kiraan akan berlaku pada tahun 2020) UNTUK DILAKSANAKAN ! 

Lihat, apa dah jadi apabila diumumkan PROKSI UNDI ? - DEGIL ! dalam mesyuarat, dah kata dah, tak payah buat PROKSI UNDI, laksanakan LIBERALISASI UNDI. Tak peghaya aihhhhh. keteghaq. 

Sedikit penerangan kepada calon2 yang diterangkan tadi. Katakan calon 

A adalah Atief, 
B adalah Balamandrem dan 
C adalah Chin Chai Chong... 

Ketiga2 mereka mewakili PUTIH. Walaupun berbeza dari segi MERAH, BIRU mahupun KUNING, hakikatnya mereka adalah PUTIH ! 

Sudah sampai masanya SISTEM LIBERALISASI UNDI harus dilaksanakan. Ini berikutan daripada kegagalan sistem sedia ada. Kegagalan memahami hasrat golongan muda yang sayang akan partinya, menyebabkan parti itu dipinggirkan. 

Golongan muda tahu, bahawasanya, sistem yang sedia ada menyediakan saluran parti BEBAS untuk bertanding. Namun, persoalan disini, kenapa dihukum golongan muda yang bersemangat sayangkan parti ini (anak muda yang rasa sense of belongings pada parti) untuk bertanding menentang parti dengan mewakili parti BEBAS? pecahan undi akan berlaku, ini bukan masalah dalaman, ini adalah TAWARAN kepada pengundi ! 

Secara automatiKnya, pengundi merasakan mereka juga adalah apart of parti tu. Ini juga bukan langkah tertekan. Ini adalah sistem yang memihak kepada pengundi. Mengqala dok guna sistem sedia ada, maka secara autoMATInya golongan muda senantiasa berada DIPINGGIRAN... 

http://www.youtube.com/watch?v=CvehwknCzuA&feature=youtube_gdata_player
   
P.Ramlee – Di Pinggiran




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.