Acap kali
berlaku didalam kehidupan dengan disedari. Dua keadaan yang berkongsi titik
pertemuan dipisahkan.
Rata-rata
insan yang bernyawa pernah menghadapi situasi yang sukar pada dirinya lalu
mengkhabarkan kepada yang lain bahawasanya dia sedang berdepan dengan masalah
dan digarapkan dengan nada keluhan. Ada
yang berpendapat, gendalanya sesuatu proses merupakan akibat dari itu.
Sesetengah
pihak yang gemar dikenali sebagai golongan pemikir, tanggungjawab mencambahkan
idea bagi tujuan penyelesaian. Tidak dinafikan lahirnya beberapa idea hasil
cetusan masalah yang tidak dicipta. Sesetengahnya menganggap ia merupakan suatu
cabaran. Namun, kemuncak permainan ini, apabila lontaran idea itu diteliti.
Mungkin
persoalan yang mudah, dapat menerangkan situasi ini. Kenapa menampakkan
terdapat kekangan untuk memuntahkan idea?. Ya, rata-rata jawapan yang mungkin
boleh disimpulkan adalah, kepentingan.
Memikirkan
apakah bentuk habuan selain daripada dapat menyelesaikan masalah itu yang
merupakan habuan yang sebenar, boleh diketegorikan didalam wilayah “khurafat”
yang masih wujud.
Dalam kerangka kedua-dua situasi ini, sandaran
disendengkan kepada hujjah. Dan hujjah ada kaitannya dengan prinsip sonsang
(diam adalah polisi yang terbaik) yang masih diamalkan bagi tujuan menjaga
keharmonian.
Walaupan ada yang terlepas pandang, kadang-kadang,
masalah itu timbul apabila idea tersebut digunapakai secara semberono. Namun,
pengamal idea itu tidak semestinya
berada didalam alam khayalan semasa mempraktikkannya.
Apabila melihat idea dan masalah dari permukaan sfera,
kaedah interpolasi kedua-dua keadaan ini dapat digunakan dan bermula dengan
persoalan bagaimana.
Dengan
meyediakan beberapa tapisan untuk menjadi pemikir boleh menyelesaikan masalah ?