Saban tahun, bagi yang berpeluang menyambutnya, kegembiraan insyallah, akan hadir walaupun hanya sekelumit dilubuk hati seorang insan. Sudah pastinya, kedatangan Syawal dinantikan bagi merayakan konvokasi pada semester jangka pendek yang telah dilalui selama sebulan yang diperuntukan.
Ramai yang mengambil peluang ini untuk menyambutnya di kampung halaman, yakni lebih tepat dimana tempat dibesarkan kerana disitu tersimpan khazanah memori yang begitu indah yang tiada harga dapat dinilaikan. Tidak terkira jumlah kenangan yang tergambar didalam peti simpanan kekal.
Dengan tidak melupai, bagi insan yang berpeluang menyambutnya tanpa halaman fizikal, keindahan memori adalah jauh lebih bermakna. Walaupun sering menjadi isu sedangkan tidak perlu, penggiliran berhari raya sedikit sebanyak menggamit perasaan yang tidak sepatutunya hadir.
Seringkali juga, paparan suasana yang muram dijulang atas asbab tidak mahu kegembiran yang melampau disambut. Sedangkan, perkongsian vis vesi antara kelompok yang bergembira bersama yang berduka tidak pula digambarkan. Pupukan perkongsian ini sebenarnya harus dijulang kira-kira “100 tahun“ dahulu.
Tidak dinafikan faktor sedara-mara yang ramai masih tinggal di tempat asal menuntut kepulangan yang dinantikan. Ada kebarangkalian dimana, sambutan kali ini dapat mengumpul semua ahli keluarga secara total namun ianya tidak mungkin kekal sebegitu bagi yang punyai keluarga yang masih ada pada sebelah mertua.
Kelenganggan ibu kota sewajarnya tidak harus berlaku sekiranya pendekatan menyambutnya adalah berkumpul (gathering). Malang sekali, kepercayaan “khurafat” yang masih menebal apabila meletakkan tahap wajib untuk pulang ke kampung melebihi tuntuan berkumpul itu yang dapat memberi manfaat untuk sama-sama meraikannya.
Hakikatnya, kenangan boleh dicipta.
Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.