PAGE

BERHUBUNG

Saya mengalu-alukan cadangan bekenaan dengan isu untuk dikongsi bersama para ilmuwan sekalian. Dipersilakan memberi cadangan di

iramriblog@gmail.com

Terima Kasih.

Wednesday 14 September 2011

IDEA DAN MASALAH


Acap kali berlaku didalam kehidupan dengan disedari. Dua keadaan yang berkongsi titik pertemuan dipisahkan.

Rata-rata insan yang bernyawa pernah menghadapi situasi yang sukar pada dirinya lalu mengkhabarkan kepada yang lain bahawasanya dia sedang berdepan dengan masalah dan digarapkan dengan nada keluhan. Ada yang berpendapat, gendalanya sesuatu proses merupakan akibat dari itu.

Sesetengah pihak yang gemar dikenali sebagai golongan pemikir, tanggungjawab mencambahkan idea bagi tujuan penyelesaian. Tidak dinafikan lahirnya beberapa idea hasil cetusan masalah yang tidak dicipta. Sesetengahnya menganggap ia merupakan suatu cabaran. Namun, kemuncak permainan ini, apabila lontaran idea itu diteliti.

Mungkin persoalan yang mudah, dapat menerangkan situasi ini. Kenapa menampakkan terdapat kekangan untuk memuntahkan idea?. Ya, rata-rata jawapan yang mungkin boleh disimpulkan adalah, kepentingan.

Memikirkan apakah bentuk habuan selain daripada dapat menyelesaikan masalah itu yang merupakan habuan yang sebenar, boleh diketegorikan didalam wilayah “khurafat” yang masih wujud.    

Dalam kerangka kedua-dua situasi ini, sandaran disendengkan kepada hujjah. Dan hujjah ada kaitannya dengan prinsip sonsang (diam adalah polisi yang terbaik) yang masih diamalkan bagi tujuan menjaga keharmonian.   

Walaupan ada yang terlepas pandang, kadang-kadang, masalah itu timbul apabila idea tersebut digunapakai secara semberono. Namun, pengamal  idea itu tidak semestinya berada didalam alam khayalan semasa mempraktikkannya.         

Apabila melihat idea dan masalah dari permukaan sfera, kaedah interpolasi kedua-dua keadaan ini dapat digunakan dan bermula dengan persoalan bagaimana. 

Dengan meyediakan beberapa tapisan untuk menjadi pemikir boleh menyelesaikan masalah ?

Wednesday 7 September 2011

SAKASTIK DAN RIELISTIK


Boleh digambarkan seperti dua ideoloji yang berbeza. Sudah pastinya ianya merujuk kepada situasi yang sama.

Kedua-dua pandangan ini sebenarnya tidak bergantung kepada pemikir secara total. Ianya adalah merupakan sisi lain yang punyai kebenaran.

Sakastik seringkali diberitahu oleh pihak lain, dengan harapan pihak yang diberitahu tidak lagi menggunakan pendekatan secara sakastik. Namun itu bukan isunya.

Rielistik pula merupakan suatu khabaran yang disampaikan tehadap keadaan sesuatu perkara, dengan harapan pihak yang diberitahu sedar akan sekeliling.

Sungguh popular ungkapan “pukul anak sindir menantu”, namun tidak pula diambil sebagai sakastik, mungkin rielistiknya begitu apabila menyandarkan kepada budaya yang dipraktikan.

Kali ini tidak akan dibicangkan sama ada betul atau tidak, pendekatan salah satunya dari segi penyampaian kerana motif utama adalah menyampaikan.

Tidak dinafikan pendekatan penyampaian ini boleh menimbulkan bibit-bibit ketegangan apabila dilihat dari faktor umur. Selalunya pendekatan ini diambil apabila masing-masing kelihatan kebuntuan. Sering juga ia dijadikan selingan untuk seketika.

Ada benarnya ungkapan “siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedasnya”, namun sejauh mana kepekaan lidah yang merasa “garam dahulu” kenal akan “kecik-kecik cili padi”.

Dengan tidak menolak tanggapan “santan pekat”, lemak gulainya, terdapat akibat tersembunyi yakni memanggil kolestrol memenuhi diri.

Istilah ini juga dapat meninggalkan persoalan antara “hujan emas dinegeri orang” dengan “hujan batu dinegeri sendiri”.

Hakikatnya, manusia adalah dinamik, maka selagimana berpaksikan kepada motif penyampaian, ianya tidak memberi kesan kepada kaedah penyampaian.

Saturday 3 September 2011

TAK TAHU GUNA DAN SALAH GUNA


Sekali imbas, kedengaran seperti terdapat perbezaan yang ketara. Ungkapan ini sering didengari apabila perbualan yang menjurus kepada dasar sesuatu isu.

Salah guna, sering didefinasikan sebagai suatu istilah popular iaitu “penyalah gunaan”. Manakala tidak tahu guna pula, acap kalinya keterlepasan pandangan terhadap sesuatu yang menggambarkan kepada ketidaksampaian sesuatu informasi kepadanya.

Kedua-dua istilah ini berkongsi pada satu rujukan yang sama iaitu tidakan yang telah dilakukan. Kali ini juga tidak akan dibincangkan mengenai antara dua istilah tersebut, yang mana satu datang dahulu.

Ada yang berpendapat tidak sepatutnya ada istilah salah guna, namun dengan bersandarkan kepada tidak tahu guna, tidak harus arbitari terhadap apologetik. Walaupun memberi ruang kepada tidak tahu guna ini untuk menjadi alasan, tidak juga membenarkan ia bermaharajalela, apatah lagi untuk dipersendakan.   

Merujuk kepada pakar yang boleh mendefinasikan istilah ini secara tepat merupakan usaha yang murni, namun sejitu mana ketepatan istilah itu, boleh dipertikaikan.

Dengan menghormati sahabat profesional yang lain, makanya tidak akan disentuh istilah ini didalam konteks jenayah. Dalam pada yang sama, sekiranya ada yang cuba memanipulasi istilah ini makanya ia telah memberi dimensi kepada para ilmuwan memperkatakan tentangnya.

Pertembung dua sudut pandang ini memberikan perspektif yang lebih mudah untuk mencari penyelesaian walaupun ada yang berpendapat ianya secara automatik membuka saluran untuk cubaan berkreatif kepada tindakan yang tidak wajar.

Bagi yang separa rajin, suka untuk dikongsi disini, sebelah kakinya telah keluar dari daerah kepercayaan “khurafat” kepada dari terus memandang isu ini tidak ada pertemuan noktah sekiranya dibincangkan.

Mungkin sebagai suatu eksperimen ringkas, petiklah mana-mana isu yang berkaitan dengan tindakan yang telah dilaksanakan, dan bermulalah dengan soalan tidak tahu guna atau salah guna.  

Friday 2 September 2011

SELAWAT




Surah Al-Ahzab (33) ayat (56)
إِنَّ اللَّهَ وَمَلٰئِكَتَهُ يُصَلّونَ عَلَى النَّبِىِّ ۚ يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا صَلّوا عَلَيهِ وَسَلِّموا تَسليمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.




Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: 

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”
[Hadith riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim]

“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. 
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. 
[Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. 
[Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Monday 29 August 2011

RAYA – BERKUMPUL DAN BALIK KAMPUNG


Saban tahun, bagi yang berpeluang menyambutnya, kegembiraan insyallah, akan hadir walaupun hanya sekelumit dilubuk hati seorang insan. Sudah pastinya, kedatangan Syawal dinantikan bagi merayakan konvokasi pada semester jangka pendek yang telah dilalui selama sebulan yang diperuntukan.
                  
Ramai yang mengambil peluang ini untuk menyambutnya di kampung halaman, yakni lebih tepat dimana tempat dibesarkan kerana disitu tersimpan khazanah memori yang begitu indah yang tiada harga dapat dinilaikan. Tidak terkira jumlah kenangan yang tergambar didalam peti simpanan kekal.

Dengan tidak melupai, bagi insan yang berpeluang menyambutnya tanpa halaman fizikal, keindahan memori adalah jauh lebih bermakna. Walaupun sering menjadi isu sedangkan tidak perlu, penggiliran berhari raya sedikit sebanyak menggamit perasaan yang tidak sepatutunya hadir.

Seringkali juga, paparan suasana yang muram dijulang atas asbab tidak mahu kegembiran yang melampau disambut. Sedangkan, perkongsian vis vesi antara kelompok yang bergembira bersama yang berduka tidak pula digambarkan. Pupukan perkongsian ini sebenarnya harus dijulang kira-kira “100 tahun“ dahulu.

Tidak dinafikan faktor sedara-mara yang ramai masih tinggal di tempat asal menuntut kepulangan yang dinantikan. Ada kebarangkalian dimana, sambutan kali ini dapat mengumpul semua ahli keluarga secara total namun ianya tidak mungkin kekal sebegitu bagi yang punyai keluarga yang masih ada pada sebelah mertua.

Kelenganggan ibu kota sewajarnya tidak harus berlaku sekiranya pendekatan menyambutnya adalah berkumpul (gathering). Malang sekali,  kepercayaan “khurafat” yang masih menebal apabila meletakkan tahap wajib untuk pulang ke kampung melebihi tuntuan berkumpul itu yang dapat memberi manfaat untuk sama-sama meraikannya.                  

Hakikatnya, kenangan boleh dicipta.                


Bingkisan :- 

Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

Friday 26 August 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.


…..Alhamdulillah…..


MENCARI KEBAHAGIAN


Al-Quran dan al-Sunnah membimbing insan dalam mencari kebahagian yang hakiki ini. Allah menyebut: (maksudnya)

“Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada satu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi apa (penyakit-penyakit) yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi petunjuk serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”.
(Surah Yunus, 57).

Nabi s.a.w pula menyebut:

“Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina)”.
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Tuesday 23 August 2011

TANGGUNGJAWAB DAN PENGORBANAN

Dua istilah yang sering menghinggapi telinga tatkala kerapnya suasana muram menyelubungi. Pertembungan dua istilah ini sering mengundang kepada faktor umur.

Pendapat yang berkehendakkan pengguguran istilah pengorbanan tidak seharusnya diambil secara arbitari. Ini berikutan hujjah nya adalah berkisar terhadap gangguan emosi semata-mata.

Penggunaan istilah tanggungjawab juga kekadang tersasar dari objektif asal akibat daripada cubaan meraih simpati yang akhirnya memberi impak jelek kepada peraih.

Cukup merbahaya sekiranya pertembungan istilah ini berlaku didalam talian sedarah. Malangnya, unsur “khurafat” sekali lagi mengambil tempat dengan mempercayai bahawasanya ianya tidak ubah seperti dua garisan selari.   

Tidak juga dinafikan, pemain-pemain bahasa agak licik dalam menyusun perkataan, sedangkan hakikatnya kelicikan tersebut dapat dipegang erat dengan memahami akan maksud tersebut.

Kali ini, soal hormat mahupun sayang tidak akan disentuh. Masih menjadi kehairanan pabilamana tomahan diberikan kepada pendokong istilah tanggungjawab, berlarutan.

Walaupun ada yang berpendapat mana mungkin tanggungjawab tanpa pengorbanan ataupun via vesi. Pada sisi lain, pandangan tersebut adalah termasuk didalam wilayah salah tanggapan, ada asasnya.

Lebih manis diberikan senyum, dan buat kali seterusnya, bantulah, dengan meletakkan istilah tersebut, kena pada tempatnya.  

Monday 22 August 2011

SEMBANG DAN TOPIK

Kedua-dua perkara saling kait pada asalnya. Apabila hak diberikan, memilih salah satunya, selalunya akan mengundang perbalahan. Diburukkan lagi dengan segala “peraturan”. Sungguh malang apabila kegagalan memahami akan maksud manusia itu bersifat dinamik.

Kerap menjadi amalan apabila perbualan hendak dimulakan, memilih topik menjadi agenda utama. Alasannya mudah kerana rentetan selepas itu, pemilihan pemidato-pemidato akan dilakukan untuk berbincang perihal tersebut.

Dengan keterbatasan topik yang dipilih, ahli-ahli panel yang berdiskusi didalam ruang lingkup yang telah dipagari. Hakikat yang sebenar, satu perkara dengan satu perkara yang lain adalah bersentuhan.

Tidak dinafikan, kononnya ia bertujuan untuk tidak mensasarkan fokus  kepada subjek yang diperdebatkan. Maka tidak hairanlah, setiap bual bicara senantiasa berakhir dengan “buang masa”.

Hanya sebagai contoh untuk kali ini, faktor umur dan latarbelakang tidak dibincangkan kerana ianya merupakan suatu kepercayaan yang boleh memecahbelahkan perpaduan.

Sering kali salah anaggapan diambil, apabila didalam kumpulan “ahli mesyuarat tingkap” itu, ada ahlinya mengutarakan sesuatu topik, dan yang lain tidak mensahutnya maka topik itu tidak sesuai. Betapa malangnya masih tebal kepercayaan “khurafat” yang mana, pengutara itu dicemuh kerana kononnya bersikap cuba tunjuk pandai. Memburukkan lagi keadaan, apabila sekeliling yang bersetuju dengan cemuhan itu.

Hakikat yang sebenarnya, malu bertanya akan apa sebenarnya yang cuba disampaikan telah menyebabkan ramai yang selesa didalam zon kononnya sudah pandai.   

Berbeza dengan pendekatan sesetengah golongan pandai, yang mana apabila bertanya itu sebenarnya secara tidak lansung telah mensahut perbualan tersebut. Dan bonus disini, dapat melihat dengan telinga akan tutur bahasa yang dilontarkan.
 
Setakat garis panduannya yang tidak membenarkan perkataan lucah dan maki hamun sudah cukup untuk memberi mesej bahawasanya ia melambangkan personaliti kepada bakal pengucap tersebut.                  

Wednesday 17 August 2011

MAJORITI DAN KONSENSES


Kedua-dua pendekatan ini selalunya diadaptasi ke dalam proses untuk membuat keputusan. Kali ini, soal siapa pembuat keputusan tidak akan dibincangkan.

Selalunya majoroti dikaitkan dengan jumlah yang mudah difahami iaitu 2/3. Namun hakikat yang sebenar ianya merangkumi sejumlah 51%(bundaran).

Konsensus pula yang lebih dikenali sebagai muafakat menggambarkan keindahan kolaburasi untuk membuat keputusan. Sekali imbas, ianya menampakkan ciri-ciri yang akhirnya membentuk majoroti.

Kewujudan dua elemen pendekatan ini disebabkan adanya pembahagian kekelompokan. Apabila diasingkan maka secara automatik ianya membawa kepada identiti yang berbeza.

Elemen-elemen ini punyai satu persamaan yakni mereka secara tidak lansung akan mengabaikan pihak yang kurang popular. Diburukkan lagi apabila ada unsur-unsur yang dipercayai memungkinkan situasi menang-menang (win-win situation) wujud.

Ini disandarkan kepada wujudnya proses pertandingan yang mana, mana mungkin punyai dua juara. Ya, dengan capaian “akal yang belum baligh”, kecenderungan momokan unsur itu boleh diketengahkan tetapi tidak kepada yang berkemampuan.

Aplikasi kepada elemen ini sebenarnya memberi kecenderungan kepada usaha untuk mentabalkan pihak sendiri. Dan implikasinya, selalunya pihak yang tidak berpuas hati akan mengambil pendekatan boikot.

Rentetan isu daripada mogokan itu akan lebih mengundang kepada pencapaian sesuatu matlamat. Sungguh malang apabila tuduhan sering dilemparkan kepada manusia sememangnya lemah dan ianya kontradik dengan umum mengetahui bahawasanya manusia sebaik-baik kejadian.

Kepercayaan khurafat yang masih menebal yakni dengan usaha untuk  melalui laluan sukar maka darjatnya dijulang. Sedangkan laluan mudah dipercayai adanya unsur-unsur bais sekaligus menghukum kepada ketidak telusan itu wujud. 

Sunday 14 August 2011

ARAH DAN NASIHAT


Secara amnya, ia merupakan dua perkara yang berbeza. Sebenarnya ia tidak begitu asing bagi kita yang hidup di ruang lingkup kesamarataan.

Apabila kedua-dua istilah ini digunakan didalam situasi yang punyai jurang dan dalam masa yang sama, kejurangan itu ada pula kaitanya dengan sumber pendapatan, disini, dua istilah tersebut boleh mudah dimanipulasi.   

Arah(arahan) akan menggambarkan suatu suruhan dan bagi menjaminkan suruhan itu dituruti, selalunya arahan tadi akan dikepilkan dengan akibat melanggarinya.

Nasihat pula dilihat sebagai kecenderungan kepada cadangan. Sekiranya disertakan dengan nada, mungkin ia boleh memainkan peranan yang berbeza. Namun, selalunya nasihat juga akan disertakan dengan beberapa kesan sekiranya diabaikan.

Jelas disini, antara arah dan nasihat punyai titik pertemuan iaitu akibat. Bila mana salah satunya tidak bersesuaian, risiko yang akan diambil kadang kala tidak dijangka.

Ya, ada yang berpendapat, pemberi nasihat tidak rugi berbanding yang mengarah. Cuma terpulang kepada pendengar untuk menerima pakai.

Pertimbangan yang wajar pada pendengar amat perlu. Ini tidak bererti pemikir setia yang sentiasa berbahas akan sesuatu perancangan mahupun tindakan boleh dikesampingkan.

Kadang kala ada juga yang melihat yang mana, pemberi punyai unsur-unsur kepentingan. Dan tidak jugak dikira salah sekiranya penerima bertindak atas dasar yang sama.

Di dalam proses menilai itu pelbagai persoalan mungkin mudah diselesaikan. Cumanya apabila diasak dengan persoalan bagaimana hendak dibezakan.

Sekiranya kehadiran unsur-unsur kekeliruan didalam menilai akan dua elemen tadi, ianya harus dirujuk kepada status pemberi dan status penerima.

Thursday 11 August 2011

DATA DAN LOGIK


Merupakan dua perkara yang saling kait. Walaupaun ada yang bertegas bahawasanya data penting untuk membuktikan sesuatu, hakikatnya kedua-dua elimen tidak lain hanya berkisar tentang kepercayaan.

Pelbagai kaedah dibuat demi memberi keyakinan. Pada ruang ini saya tidak akan membincangkan, antara dua elemen tersebut, yang mana datang terkemudian.

Data, adalah merupakan kumpulan keputusan yang diperolehi dari usaha kaji selidik. Pecahan kepada kaji selidik itu dilaksanakan dalam beberapa kaedah yang dipanggil metedologi. Ada bebrapa perkara yang boleh dipertikaian mengenai data, salah satunya, kreadibiliti pengutip data.

Logik, lebih mudah difahami dengan membayangkan ia adalah sesuatu hujjah yang lahir dari akal. Walaupun ada yang berpendapat, logik akal akan hadir dengan adanya data. Sepertimana saya katakan, soal yang mana datang dahulu, tidak akan dibincangkan disini. Ada juga yang mempertikaikan soal kreadibiliti orang yang meneluarkan hujjah logiknya.

Satu perkara yang jelas yang boleh dipertikaikan adalah kreadibiliti. Pada bahagian data, sumber yang dipetik mestilah melalui suatu badan yang dikenalpasti kebolehpercayaannya. Manakala hujjah logik pula selalunya disandarkan kepada ideologi dari seseorang yang berpengaruh.

Amat malang sekali tanggapan yang memberi gambaran bahawasanya perdebatan antara logik dan data tiada penghujungnya dan malah memburukkan keadaan apabila ianya dirasakan merupakan suatu punca kepada perbalahan.

Konsep keterbukaan minda yang semakin luas pada masa tulisan ini dicoretkan, hasil dari amatan saya, makanya sesuatu perkara itu sudah boleh mula dipertikaian sekiranya perlu. Menariknya bagi dua elemen ini, mereka berkongsi satu sisi asakan, iaitu pertikaian.

Sekiranya saya diberi pilihan, antara data dan logik, saya lebih cenderung untuk memilih logik berbanding data kerana, sehebat mana kreatifnya data itu terhasil, ianya masih belum mampu menggugat, walaupun ada yang cuba memanipulasikan logik.

Tuesday 9 August 2011

Politik Tempat Kerja (3)




Melihat kepada strategi yang sedang dilaksanakan oleh majikan dengan memberi pikulan tanggungjawab kepada pekerja MUDA(30-40tahun)..
*selepas ini MUDA akan dirujuk kepada umur 30-40tahun

Kali ini pekerja muda itu telah diberi peluang sekali lagi menari, cuma kali ini bukannya dilantai bawah, tetapi di pentas yang tersergam indah..

Mari melihat...

Filem ANAKKU SAZALI 
Dari minit : 0:45 sehingga 6:45

http://www.youtube.com/watch?v=Zd7tcz8ZvvQ&feature=youtube_gdata_player

Jelas kelihatan betapa gah dan hebatbya anak muda.. jiwa perjuangan tidak mengenal apa-apa.. yang paling membanggakan, anak muda berani membentangkan perancangan kepada pihak lawan(Big Boss).. namun, Boss menggunakan pihak ketiga bagi tujuan menghapuskan anak muda ini yang berjiwa besar untuk menakluki seluruh kawasan..alasannnya mudah, Boss takut akan kewibawaan dan kalibernya anak muda ini.. begitulah permainan anak muda yang bersih, berani dan berperancangan..berbanding
Boss yang suka akan permaian sembunyi-sembunyi.. seperti sedia maklum, pihak ketiga adalah, BALACI..mereka ini punyai sindrom 2 alam.. selain PEMBODEK, mereka juga PENONTON yang memakai subang dihidung yang mana subang tersebut itu bertali..

Mari melihat lagi 

Filem : Nasib Do Re Mi
Dari minit : mula sehingga 4:55

http://www.youtube.com/watch?v=5RnO5m51z1k&feature=youtube_gdata_player

Jelas betapa licik, kotor dan menggunakan kekerasan kepada mangsanya..Boss yang memberitahu bawasanya dia adalah pencuri terhormat dengan menjalankan perniagaan insurance yang merupakan perniagaan yang sentiasa untung, apa tidaknya, mangsa yang menjadi mangsa pun tidak dapat claim balik kerana pernigaan tersebut bukan tujuannya untuk memberi tetapi mengambil..

Sikap Boss yang sebati akan perancangan yang sembunyi-sembunyi maka hasilnya begitulah.. Hakikatnya samada anak muda mahupun Boss punyai misi yang sama, namum hakikinya, Boss mencederakan mangsanya dan memperkudakan pihak ketiga.. manakala anak muda pula tidak..

Begitulah pekerja muda memahami akan syarikat yang dipilih olehnya untuk bekerja, kerana disitu tempat mengambil bukan tempat memberi..cuma persoalanya kenapa begitu kerjanya? Jawapannya adalah kenapa perlu pihak ketiga ?

Dengan adanya paparan didalam keratan filem-filem ini, anak muda yang berjiwa besar tadi sering mengukir senyuman sinis..

Mari melihat dengan menggunaakan deria ke-6(sixth sence) yang sebenar iaitu melihat melalui telinga dan mendengar melalui mata.

Filem : Madu Tiga
minit 8:35 sehingga akhir -(a)

http://www.youtube.com/watch?v=A7AtBsVoNHI&feature=youtube_gdata_player

(terutama pada minit 9:50)

dan lihat pula lirik ini

Song : The Young Ones by Cliff Richard-(b)

http://www.youtube.com/watch?v=UNufA_ZUQOo&feature=youtube_gdata_player

Apabila P.Ramlee mengangkat lagu ini dalam filemnya, ia bukan kebetulan tatkala melihat lirik lagu ini melalui telinga, maka, tidak hairan salah satu faktor penyebab karyanya menjadi agung. Begitu juga lirik lagu HATI MUDA(rujuk di awal cerita) dan boleh di download di sini :-

http://www.4shared.com/audio/nn0kMI0L/Saloma_-_Hati_Muda.htm

Filem : Madu Tiga
minit, mula ke 4:09 -(c)

http://www.youtube.com/watch?v=X4uKgb8WutQ&feature=youtube_gdata_player

Jelas memperlihatkan, golongan muda (rujuk paparan - c ) menandatangani sesuatu isu dengan begitu efisyen..fokus dalam tugasan, menjadi pemudah cara, penerangan yang meyakinkan berlandaskan logik bukan termaktub kepada kongkongan data, dan kepercayaan khurafat mitos bawasanya semua kerja adalah kerja orang tua-tua.. 

begitulah JAMIL(majikan) mengangkat RAFI(pekerja muda) sebagai BILL COLLECTOR(jawatan yang diberi untuk beraksi di pentas yang tersergam indah)..


Monday 8 August 2011

Politik Tempat Kerja (2)

Selalunya kita sering mendengar bisikan manja dari rakan sejawat bahawasanya, majikan tidak memperdulikan nasib pekerja..

Pihak ketiga, yang kononnya mengakui bahasawanya dia adalah begitu rapat dengan majikan(yang tau sangat2 hasrat majikan) selalunya akan bertindak seolah2 tanpa beliau, majikan tidak kemana. Kepercayaan khurafat ini masih lagi menebal kerana kekufuran sistem yang masih tidak boleh membuka laluan kepada pekerja yang ikhlas.

Dalam organisasi yang besar (hiraki tinggi melangit dan panjang berjela), sememangnya menampakkan gah struktur carta tersebut (rujuk : segi tiga). Gangguan yang terjadi pada bucu bahagian bawah mempunyai impak yang besar terhadap kestabilan puncak bucu diatas. Teori ini memang termasyur. 

Namun hakikat suatu teori adalah, apabila satu teori diambil, maka teori yang setanding atau lebih hebat berbanding dengannya 
disogok dengan kelemahan tanpa ada perbahasan.

Ya, teori struktur segi empat lansung tidak diperdebatkan. Formula matematik struktur segi empat masih belum ditemui atau meng-agung-i makam firaun durjana?

Hakikat majikan adalah mengaut keuntungan, yang hakikinya pekerja memikul tanggungjawab memberi keuntungan kepada majikan.

Tindakan berhenti kerja merupakan langkah terbaik dan paling popular dengan harapan tidak memberi keuntungan kepada majikan. Kenapa majikan tidak pernah menghalang ? Ini kerana, majikan hanya tinggal untuk memetik buah sahaja sedangkan membajak,menyiram mahupun menjaganya telah dilaksanakan oleh pekerja tadi.

Pada ketika inilah pihak ketiga cuba memukul gendang agar rakan sekerja menari, dek sokongan suara ramai yang memujuk pekerja menari, maka menarilah pekerja itu seperti gendang yang dipalu.

Majikan pula tersenyum melihat gelagat pekerja yang menari. Apa tidaknya, pihak ketiga itu sendiri telah mentabalkan dirinya sendiri dengan jawatan berpangkat sebagai PEMBODEK, yang telah lupa akan nama sebenarnya adalah BALACI, dalam pada yang sama, pekerja yang menari tadi(yang juga telah menukar nama kepada BADUT), rupa-rupanya laluan pendengarannya tersekat. Sepatutnya laluan pendengarannya seperti jalan pintas, yakni, masuk telinga kiri terus keluar ke telinga kanan. Yang jelas disini, majikan masih beruntung kerana dapat mengukir 3 senyuman dalam 1 senyuman :-

1) senyum puas untuk BALACI
2) senyum riang untuk BADUT
3) senyum gembira untuk PENONTON

Sebenarnya, pekerja boleh memberikan 1 senyuman kepada mereka ber-3 :- 

1) MAJIKAN
2) BALACI
3) PENONTON (yang kononnya berlagak sebagai pihak berkecuali sedangkan yang sebenarnya mereka adalah jenis genetik lalang yang tiada pendirian. Bila tiada pendirian, bolehlah memakai subang yang punyai tali dihidung)

iaitu senyum sinis. Sekiranya mereka punyai pendengaran pintas kepada bisikan-bisikan manja.

Senyum lirikan boleh dirujuk didalam pada hujung DELIMA SEMASA MESYUARAT 

Sunday 7 August 2011

KAYA

                                                               

Berstatus sebagai jurutera, rata-ratanya akan membayangkan harta benda mahupun wang ringgit yang dikumpul. Dengan upahan yang agak lumayan bagi sesetengah yang punyai pengalaman, itulah yang dihasratkan oleh rata-ratanya bagi setiap insan.

Saya tertolak daripada anggapan yang menyatakan jurutera memperdagangkan ilmu. Namun dalam masa yang sama, ada yang cerdik menilai setiap hasil yang dipersembahkan merupakan suatu karya.

Tuntutan berkarya jauh lebih hebat berbanding dengan upahan yang ditawarkan. Tidak juga dinafikan, karya yang diangkat, pulangan hasilnya boleh dianggap sebagai bonus, bukan matlamat.

Di Malaysia, peluang kerjaya sebagai jurutera tiada sekatan yang melampau. Puluhan ribu tempat dibuka setiap tahun bagi tujuan untuk mendapatkan hasil gabungan antara jurutera-jurutera didalam pecahan kepakaran. Dengan berpaksikan kepada teori supply and demand menyebabkan keterbantutan pencapaian dan hasil karya.

Rujukan dunia telah mengiktiraf  Marcus Vitruvius Pollio  adalah World's first known Engineer. Sungguhpun demikian, hasil karya jurutera bersifat hidup didalam kematian. Penambahbaikan didalam sesuatu karya merupakan bukti yang kukuh.

Sisi yang sonsang melihat erti kaya sebenarnya, merupakan punca kepada kestabilan. Gah dengan ciptaan yang melangkaui akal, memberi impak kepada penjulangan karya tersebut.

Bagi saya, apabila saya dapat membeli satay pada bila-bila masa, yakni tanpa memikir dua kali, saya sudah kaya.

Bingkisan

"Engineers can never earn as much as business executives, sales people, accountants and especially liberal arts majors." This theorem can now be supported by a mathematical equation based on the following two well known postulates:

Postulate 1: Knowledge is Power.

Postulate 2: Time is Money.

As every engineer knows: 
Power = Work / Time.

Since: 
Knowledge = Power,

then 
Knowledge = Work / Time,

and 
Time = Money,

then 
Knowledge = Work / Money.

Solving for Money, we get: 
Money = Work / Knowledge.

Thus, as Knowledge approaches zero, money approaches infinity, regardless of the amount of work done.


Semangat Perbincangan (1)

apabila ketua dan pengikutnya berbincang...

                                                              

Pengikut : salam boss..

Ketua : salam.... masuk, masuk... dok.. dok... aaaa... ada apa cerita ?

Pengikut : gi ni boss.. kewangan syarikat kita ni.. koi lama.. koi tak boleh jadi ni...

Ketua : awat pulak ?

Pengikut : kos kehidupan semakin tinggi.., pendapatan saya dok tera tu jugak.. 

Ketua : jadi, hang ingat nak buat lagu mana ?

Pegikut: lagu baru la bosss..syarikat kita kena keluarkan lagu byk2 bos....br betul lagunya

Ketua : haaaa.. betoi..betoi... sat..sat.. saya nak panggil penasihat saya.. saya perlu dengar pandangan dari penasihat saya juga.. (sambil memetik intercom,lalu berkata "aaa, penasihat.. masuk bilik saya sat")

(kemudian menyambung perbincangan)
aaaa tang mana tadi ?... haaa.. tang banyak lagu tadi.. lagu apa? ronggeng? joget? makyong? 

(penasihat pun tiba dan terus duduk)

Ketua : ni penasihat, dia ni lagu dok mai cerita bab pendapatan.. 

Penasihat : lepas tu dia kata lagu apa yang dia nak ? (sambil melihat pada pengikut)...

Ketua : ntah, lagu apa yang dia nak pun kita taktau, nampak roplah ada la.. apa yang dok roplah sangat ni ?... lain kali baca paper UTUSAN MALAYSIA.. banyak berita yang manfaat kat situ... ni dok idak terpa nak baca politik... haaa.. baca yang ni dulu....

*Majikan diminta sedia laksana gaji minimum akhir 2011*
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_35.htm
 
sementara saya nak cari lagu apa yang nak dengaq..

Friday 5 August 2011

Dilema Semasa Mesyuarat (1)


                                                             
mesyuarat bermula 2.30ptg...

Orang yang terakhir hadir tepat pukul 2.30ptg..

PENGURUSI : LATE !

ORANG : on time ...

PENGURUSI : on time is too late !

ORANG : late is better than never ...

PENGURUSI : you are wasting our time by waiting for you !

ORANG : i appreciate my time...

PENGURUSI : u fikir, kita semua yang datang awal kat sini untuk suka2 ka? ingat nak gosip2, macam tu ? ingat mai nak makan sangat ?

ORANG : selain daripada itu ?

PENGURUSI : ni lah masalahnya, tak mau ubah sikap. berapa banyak duit telah dibelanjakan. tapi dok mcm tu jugak. nak tolong macam mana ? kalau sikap yang dok ada mcm ni, tak committed. banyak perkara tergendala akibat peruntukan banyak dihabiskan untuk ubah sikap. agenda pembangunan terbantut, yang tau, salahkan kerajaan. cubalah ubah sikap, banyak benda boleh kita capai dalam masa yang singkat. siapkan kerja lebih cepat, datang awal, pagi tadi pukul 10, dah edar minit mesyuarat yang bulan lepas punya melalui fax dan email, takan tak tau meeting harini kul berapa ?

ORANG : ya..cumaaaa...

PENGURUSI : cuma apa lagi ? alasan ? alasan, alasan, alasan, tak pernah lansung nak beri sebab yang logik ka,munasabah ka, paling tidak pun bagitau sebab yang boleh diterimalah..ni dak, yang tau bagi alasan.. lagi satu, bila orang orang bercakap, menyampuk..apa nak jadi dengan anak muda sekarang, tak hormat lansung pada orang berpengalaman..ingat senang nak jadi pengurusi kalau kail panjang sejengkal ?

Thursday 4 August 2011

BISNES


Dengan mengakui dunia kejuruteraan begitu luas, maka ianya seiring dengan aktiviti perniagaan yang boleh dilaksanakan.

Bidang yang paling mendapat tempat adalah pembuatan(manufacture). Keperluan terhadap bantuan teknologi bagi memudahkan urusan kehidupan, menyebabkan bidang ini sentiasa berada ditangga teratas didalam kejuruteraan. Mungkin agak tidak keterlaluan, saya katakan, apabila kita melihat sekeliling, hampir segala peralatan merupakan buah tangan jurutera. 

Bidang pembinaan(construction), yang menjadi popular kerana status negara membangun. Tidak dinafikan, didalam bidang ini lebih popular berbanding pembuatan(pada masa tulisan ini dicatatkan). Sinonim dengan perkataan "projek", menambahkan lagi tahap kepopularitiannya. Namun begitu, pada bidang ini, faktor kekukuhan ekonomi skala besar merupakan indikator kepada pertumbuhan pembangunan. 

Terdapat juga pecahan-pecahan kecil didalam bidang kejuruteraan. Salah satunya adalah perundingan yang mana ianya berada terkebawah, didalam ketegori hireki pecahan bidang ini berbanding edukasi. Sinonim dengan istilah Jurutera Perunding, amat benar akan sinario bidang kerjanya. 

Untuk mengelak akan keterlepasan pandangan akan istilah "makan gaji", suka saya huraikan disini bahawasnya istilah itu sepatutnya tidak wujud. Setiap insan yang menawarkan perkhidmatannya, ada harga untuk itu, cuma SISTEM bayaran upahan secara terkumpul yakni satu bulan satu kali yang menyebabkan faktor utama produktiviti wajar dipertikaikan. Amat malang sekali, kepercayaan "khurafat" masih berleluasa yang mana, makin lambat dibayar upahnya, makin agresif penghasilan produktivitinya. 

Pun begitu, pendekatan sabar yang diterapkan, saya fikir ianya harus diletakkan dibahu tangan yang memberi berbanding terus menjadi amalan turun-temurun kepada yang menawarkan perkhidmatan.

Wednesday 3 August 2011

Politik Tempat Kerja (1)

                                                             
Sebenarnya, politik ada dimana-mana. Sejak dari tadika unsur-unsur politik telah berlegar disekeliling kita. Hendak atau tidak, kita sudah berada di pentas tersebut. Memilih untuk menjadi "Pak Maun"(filem p.ramlee-nasib doremi) atau mengikut gerak tari yang unik dan begitu abstrak ciptaan beliau. 

http://www.youtube.com/watch?v=hsvDmbG5WkI&feature=youtube_gdata_player 
Nasib DoReMi – Hati Muda

Hasrat pekerja sering didengari, inisiatif menjadi wartawan sukarela tidak pula dibantah oleh majikan. Cuma berapa ramai yang mengetahui hasrat majikan ?

Ianya bermula apabila pekerja cuba mengisi ruang yang tersedia sendat didalam pejabat. Tanpa mengetahui hasrat majikan, ruang yang serba sendat itu masih mahu juga disumbat olehnya.

Seperti biasa, hari pertama akan menjadi hari paling indah kerana kesemuanya bertukar-bertukar senyuman. Ada yang hanya mempamirkan bibir. Kelihatan begitu manis senyuman itu, namun tidak pula ternampak tertanamnya tebu disitu. Bagi yang menzahirkan kebersihan gigi mereka yang putih lagi suci tatkala melemparkan senyuman, tidak pula kelihatan taring yang paling tajam. Jauh sekali merasakan bisa nya.

Kebanyakkan masa dimanfaatkan untuk sambungan sessi temuduga yang telahpun dilaksanakan sebelum diterima masuk. Sessi beramah mesra bertepuk-tampar diselang-seli gurau-senda gelak-ketawa memenuhi jadual tugas. Dengan berpakaian kemas dan tidak pula menjolok mata, maka mana mungkin, terlihat pekong didada.

Inisiatif pekerja sedia ada menjadi wartawan sukarela ini tidak pula dibantah oleh majikan. Kepercayaan khurafat yang masih menebal iaitu sudah pasti mereka yang sudah kerja lama disitu dapat bezakan antara kemasinan garam ataupun ajinomoto.

Apabila berakhir sudah sessi bual bicara secara lansung, jamuan keraian dipelawa oleh masyarakat sekeliling. Almaklumlah, rusa masuk kampung katakan.

Sungguh meriah sambutan karnivel yang dianjurkan secara sukarela tersebut. Masing-masing berebut menghulurkan bantuan dari segi kewangan dengan menyediakan juadah seakan-akan mahu buka puasa. Sudah pasti ia kelihatan indah. Apa tidaknya, budi yang kecil kuman sebaik itu dapat dilihat, tidak pula menunjukkan tanda-tanda sedang pancing sebesar gajah.

Selesai menjamah, maka bermulalah agenda menimbakan ilmu dari masyarakat sekeliling.. 

berburu dipadang datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
bagai bungai kembang tak jadi.

Antara ilmu yang diturunkan adalah minit ke 6:20-6:30 menunjukkan inisiatif pekerja terhadap majikannya namun tidak ramai yang memahami hasrat majikan pada minit 6:57-7:05. 

http://www.youtube.com/watch?v=FDw2aYRwzYo&feature=youtube_gdata_player
(filem p.ramlee : anak bapak)

Ya, begitulah ilmu yang dipelajari, kajian demi kajian dilakukan berkenaan perihal peribadi majikan yang diutamakan, bukan pencapaian pekerja itu sendiri yang didahulukan. Salah satu hasrat majikan adalah "alert" (senantiasa bersedia). Tak sempat kena panggil, terus sahut. Itulah inisiatif yang diharapkan.

Berkaitan dengan perihal peribadi, boleh dirujuk pada Bab koleksi bertajuk Kisah Umar Mengendap

Tuesday 2 August 2011

Kisah Umar Mengendap

“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan).
Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. 

Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…

Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Monday 1 August 2011

LIBERALISASI UNDI

                                                             

Ia merupakan suatu sistem. Saya fikir, SISTEM ini harus dilaksanakan pada PRU 13. Sistem sekarang, parti meletakkan calon untuk bertanding di suatu kawasan tersebut dan bertanding dengan calon dari parti lain. Tujuannya bagi memilih siapakah calon yang layak melaksanakan tugas di kasawan tersebut. Secara mudahnya, si A dan si Z tidak sabar-sabar  mahu berkhidmat untuk rakyat. 

Si A mewakili parti PUTIH dan si Z pula mewakili parti HITAM. Pengundi kawasan tersebut akan menunaikan tanggungjawabnya memilih A@Z@PUTIH@HITAM. 

Sekiranya parti-parti meletakkan A dan Z, saya fikir, pengundi juga berhak meletakkan B(mewakili PUTIH) dan Y(mewakili HITAM). Maksudnya B dan Y datangnya dari pencalonan oleh pengundi. 

Ini bukan konflik yang mengatakan parti tidak pandai memilih calon, ini soal peluang yang dibuka kepada pengundi untuk mengemukakan calon yang nak berkhidmat untuk rakyat. Dan pengundi juga berasa a part of parti untuk pastikan partinya menang. Pada sistem ini, pengundi melihat tawaran dari HITAM dan PUTIH, yang mana lebih dekat dihati mereka. 

Begini, katakana, pada parti HITAM hanya diwakili Z(mendapat 10 undi), sedangkan PUTIH meletakkan calon A(mendapat 6 undi) dan B(mendapat 6 undi), undi yang masuk ke A dan B akan menyumbang kepada kemenangan PUTIH dengan jumlah undi 12 undi mengatasi Z. Maka kawasan itu diwakilii oleh parti PUTIH. 

Sekarang timbul pula soal siapakah lebih layak samada A atau B? Pada masa ini cubaan media akan menyebarkan makluman siapa yang lebih layak. Bagi saya, pendekatan yang tepat adalah, parti PUTIH dan pengundi akan bersidang dalam masa 24 jam dari saat keputusan diumumkan. At one part, PUTIH dah memang maka perbentangan kepada pencapaian si A dan si B dapat dilihat oleh pengundi. 

Katakan,sebelum mengundi, si A dapat selesaikan masalah rakyat sejumlah 5 kes, dan sekiranya B dapat menyelesaiakan 6 kes, tak perlu soal lagi, B yang layak terajui kawasan tersebut. Bagaimana sekiranya sama? Saya mencadangkan, pilih si B kerana, itu adalah pencalonan dari pengundi. Kot mana pun parti dah menang dan boleh laksanakan tranformasi. Hanya menunggu kawasan itu yang akan diterajui oleh pemimpin pilihan rakyat bukan pemimpin yang disediakan untuk rakyat. Sistem ini dapat digunakan dalam PRKecil. 

Dalam PRUmum juga dapat diaplikasikan, cuma apabila banyak kawasan dilakukan serentak, maksudnya(sebagai contoh) pengundi dikawasan SENA dapat memberi sokongan kepada bakal pemimpin di TAMBUN TULANG, begitulah yang lain2nya. 

Releven sistem ini berlaku didalam negeri, sekiranya mahu dilaksanakan agar pengundi SENA boleh mengundi pemimpin di TENANG @ MERLIMAU pun didalam PRU nanti, saya tiada halangan. 

Berbalik kita pada cerita di PRU, nanti bila dah menang parti itu, secara automatik ketua perhubungan akan dipilih dari jumlah undi paling tinggi, Maka dengan harapan tiada lagi kedengaran usaha lobi-melobi pucuk pimpinan. Dalam masa yang sama juga pucuk pimpinan pun tidak boleh beri alasan kenapa program tranformasi tidak boleh berlaku. Saya juga merupakan seorang pengundi, bosan mendengar alasan, tranformasi gagal dilaksankan kerana mahu selesaikan masalah berebut jawatan. Justeru, secara automatiknya, pengundi memberi jawatan kepada pemimpin. 

Pengundi akan rasa sense of belongings bila sistem ini dilaksanakan. Sistem ini lebih mesra kerana wujudnya 2 way comunication rakyat dan parti pemerintah. Bila sistem ini dilaksanakan, pemimpin yang nak berkhidmat untuk rakyat akan buat kerja. Pengundi akan nampak sedia calon buat kerja kerana perbentangan penyelesaian kes masalah rakyat akan dibentangkan kepada pucuk pimpinan setiap kali PRK/U. 

Bagi meraikan soalan, macam mana pula kertas undian akan disediakan? Instead of ada 2 nama yang bertanding, dia akan jadi sejumlah nama bertanding untuk PRK dan senarai nama untuk PRU. Sistem ini adalah jauh lebih efisyen dari PROKSI UNDI. Dan saya lebih setuju LIBERALISASI UNDI ini, dilakukan kepada calon parlimen kerana, pemimpin parlimen ada peluang untuk menjadi menteri. 

Sekiranya sistem ini belum dilakukan dimana2 negara dalam dunia, ambillah peluang ini menjadi negara pertama di dunia. 

TAK PERLU TUNGGU PRU 15 (dalam kiraan akan berlaku pada tahun 2020) UNTUK DILAKSANAKAN ! 

Lihat, apa dah jadi apabila diumumkan PROKSI UNDI ? - DEGIL ! dalam mesyuarat, dah kata dah, tak payah buat PROKSI UNDI, laksanakan LIBERALISASI UNDI. Tak peghaya aihhhhh. keteghaq. 

Sedikit penerangan kepada calon2 yang diterangkan tadi. Katakan calon 

A adalah Atief, 
B adalah Balamandrem dan 
C adalah Chin Chai Chong... 

Ketiga2 mereka mewakili PUTIH. Walaupun berbeza dari segi MERAH, BIRU mahupun KUNING, hakikatnya mereka adalah PUTIH ! 

Sudah sampai masanya SISTEM LIBERALISASI UNDI harus dilaksanakan. Ini berikutan daripada kegagalan sistem sedia ada. Kegagalan memahami hasrat golongan muda yang sayang akan partinya, menyebabkan parti itu dipinggirkan. 

Golongan muda tahu, bahawasanya, sistem yang sedia ada menyediakan saluran parti BEBAS untuk bertanding. Namun, persoalan disini, kenapa dihukum golongan muda yang bersemangat sayangkan parti ini (anak muda yang rasa sense of belongings pada parti) untuk bertanding menentang parti dengan mewakili parti BEBAS? pecahan undi akan berlaku, ini bukan masalah dalaman, ini adalah TAWARAN kepada pengundi ! 

Secara automatiKnya, pengundi merasakan mereka juga adalah apart of parti tu. Ini juga bukan langkah tertekan. Ini adalah sistem yang memihak kepada pengundi. Mengqala dok guna sistem sedia ada, maka secara autoMATInya golongan muda senantiasa berada DIPINGGIRAN... 

http://www.youtube.com/watch?v=CvehwknCzuA&feature=youtube_gdata_player
   
P.Ramlee – Di Pinggiran